Thursday, October 22, 2009

Gaya Kincir Angin (windmill)

*Berdiri dan kaki rapat.
*Putar lengan membentuk satu bulatan.
*Melangkah setapak ke hadapan.
*Lepaskan bola sebaik sahaja tangan yang diayun melepasi paha.
*Ikut lajak.

Gaya Ayunan (slingshot

*Berdiri menghadap sasaran.
*Lutut dibengkokkan sedikit.
*Pegang bola, luruskan lengan ke bawah.
*Ayun lengan ke belakang dan terus ke hadapan.
*Ayunkan bola ke sasaran.
*Ikut lajak.

Kemahiran Melempar

Terdapat dua gaya lemparan yang sering digunakan oleh "pitcher".
*Gaya Ayunan (slingshot)
*Gaya Kincir Angin (windmill)

Cara menangkap bola

*Menangkap Bola Tinggi
Menangkap bola tinggi hampir badan
Menangkap bola ke atas kepala

* Menangkap bola tinggi hampir badan
Menghadap ke arah bola.
Kaki buka seluas bahu.
Lutut dibengkokkan sedikit.
Luruskan tangan ke atas hadapan badan.
Pandang bola masuk ke glof.

*Menangkap bola atas kepala
Badan menghadap bola.
Kaki buka seluas bahu.
Lutut dibengkokkan sedikit.
Luruskan tangan ke atas kepala.
Pandang bola masuk ke glof.

* Menerima lemparan
Keadaan sedia
Semasa menangkap bola

*Keadaan sedia
Lari ke bes dan pandang ke arah bola.
Badan menghadap bola.
Tangan bersedia untuk menangkap bola.

*Semasa menangkap bola
Badan menghadap bola.
Pandang ke arah bola.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan.
Suaikan kedudukan tangan mengikut a

Alatan

*Alatan yang perlu ada bagi satu perlawanan permainan sofbol seperti Glof, Mit, Adang muka, Bes(berbentuk segiempat, Penahan dada, Bola sofbol, Plat(berbentuk segi tiga), dan Bet(kayu pemukul

Peraturan sofbol

*Sofbol dimainkan di kawasan berbentuk diamond. Kawasan ini mempunyai satu plat rumah dan tiga bes. Setiap pasukan mempunyai sembilan orang pemain. Apabila satu pasukan mengambil giliran memukul, satu pasukan lagi akan memadang. Pasukan memukul akan memukul bola ke kawasan pemadang untuk melakukan larian. Satu larian dikira setelah pemukul berlari mengelilingi diamond dengan memijak semua bes dan balik semula ke plat rumah.
*Pasukan memadang boleh mematikan pasukan lawannya dengan cara menyentuh pelari bes dengan glof yang memegang bola atau menghantar bola kepada pemadang di bes lebih dahulu daripada pelari. Giliran memukul tamat jika terdapat tiga pemukul terkeluar atau `mati`. Setelah tamat permainan, pasukan yang lebih larian akan dikira pemenang. Sesuatu perlawanan biasanya mengandungi tujuh inning. Satu inning dikira setelah setiap pasukan bermain dalam sesi memukul dan satu lagi sesi memadang.

Sejarah sofbol

Sofbol atau bola lisut adalah sukan bet. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat