Thursday, October 22, 2009

Peraturan sofbol

*Sofbol dimainkan di kawasan berbentuk diamond. Kawasan ini mempunyai satu plat rumah dan tiga bes. Setiap pasukan mempunyai sembilan orang pemain. Apabila satu pasukan mengambil giliran memukul, satu pasukan lagi akan memadang. Pasukan memukul akan memukul bola ke kawasan pemadang untuk melakukan larian. Satu larian dikira setelah pemukul berlari mengelilingi diamond dengan memijak semua bes dan balik semula ke plat rumah.
*Pasukan memadang boleh mematikan pasukan lawannya dengan cara menyentuh pelari bes dengan glof yang memegang bola atau menghantar bola kepada pemadang di bes lebih dahulu daripada pelari. Giliran memukul tamat jika terdapat tiga pemukul terkeluar atau `mati`. Setelah tamat permainan, pasukan yang lebih larian akan dikira pemenang. Sesuatu perlawanan biasanya mengandungi tujuh inning. Satu inning dikira setelah setiap pasukan bermain dalam sesi memukul dan satu lagi sesi memadang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment